Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Thursday, February 14

Chipsmore Me!

Ayayaiii..tibe-tibe blog balik. biase lah, i'm just a normal human being. malas lah nak explain knape tak update blog bagai, alasan yg sama je pun :p

hellooo hellooo!!
I tepek gmbor sebijik ok tak? lama kot tak snap pic syok sendiri ni. terasa perubahan usia.haihh.ini semua poyo.haha. tgh cuti seminggu sebab CNY and rase sangatttt seronok dpt betul-betul rehat and keluar jumpa dgn kawan-kawan and family. plus, pegi kenduri kawen, makan nasi minyak lauk kenduri.oh yeah!

the over-excited aunties.
and oh, one of my friends dah selamat deliver her 1st baby. ya Allah, comel sgt and bau baby, heaven! rase mcm baru je pegi kenduri kawen si Izani ni, tau-tau dah jd mummy dah die :)

sekarang pun dh mid feb 2013, last jan sgt pack and macam-macam plan ada utk tahun ni. hopefully, apa yg dirancang menjadi lah ye, insyaallah.  

Saturday, November 17

Omg!

My oh my..my last entry was in June??geez..sorry peeps! I've abandoned my blog again huh? :D
Well, nak buat mcm mana..i'm a normal human being with this hangat2 ciken shit mood.haha. Anyway, how are you guys doing? I donno ade lagi kew readers mak noks??heee..ni tibe2 gatei p bkak blk dashboard blog yg dah lamew gilewww xbukak..skali jakun blk tatau nk wat entry baru tang mana.haihh..

Anyway, tgh school holiday ni lah bru ade chance nk blogging semula..WALOPON, tak la rajin sgt kannn?haha. In my case, nama je school holiday tapi tak la holiday sgt! Well, newly posted teacher like me, paham2 je lah..newly posted ke?newly2 x newly (apakah ini?) pun, dkt setahun la jugak I officially kerja as a  teacher..how time flies *oh sooo cliche pinad!* so yeah, school holiday pn I kena p sekolah jugak hokehh?! Ade itu lah, ini lah..oh my..i should get married, so ade alasan school holiday xfree.haha. And yeah, starting from next week, ade lagi satu 'task' yang aku kena attend or involve? tak leh nk gtau, nnti dah abes bru update..and yep, this so-called task takes almost a month of my holiday!homaii..kiteww sukeewww angattt tau!! -_-"

Rasenye ni je lah for now..nk letak gmbar pon, lappy bru format. Since cerdik sgt (mak kate) abes ilang segale bagai dlm lappy ni. tak back-up mende pn..huuu. Makanya, bergurindam jiwa lah seorg diri mengenangkan nasib sendiri..wuuu

So, till then! Bai.

Friday, June 8

Instant Camera


Ok, ini kamera Instax Mini 7s or Instant Camera. Memang dah lama sgt kot aku target nak bli kamera ni. why?sbb aku suka bila snap pic trus kluar gmbar and boleh tulis2 kt gmbr tu mcm nk tls tarikh ke, kejadian ke.cecehh..so far, function die sume ok and kualiti gmbr pn ok. just instax (ketas gmbr) die je la agak pricey. stu kotak rm 25-28 and ade 10 keping je. so mula lah kau kedekut nk snap pic kan?haha..tp sukati aku la kan.hahahaha..skang kamera ni dah byk jual merata dh. aku tgk kt kedai2 gmbr pn dh banyak. harga lebeh kurang je, dlm rm225? sbb ak bli dgn harga cmtu la lebih kurang. oh, kamera ni guna battery 2A 4 biji. tahan lebih kurang 20 kali snap. Ok, ni gambar yg aku dh snap.




Plan asal, nk snap pic banyak2 lepas tu tampal dkt dinding jadikan bentuk love.sweet gitu.hahaha.tgk lah nnti jadi ke tak.skang tampal je la dlu dkt pintu almari tak pun peti ais.hee. so yg minat ape lg, go grab one lah! :D

Thursday, June 7

What's Happening?

WHOAAA!!
Serius aku terkejut kot dgn changes kt blogspot ni? Brape bulan dah aku tak bukak blog + dashboard ni sampai mmg aku tak tahu menahu pun pasal sume²  ni..huuu. Last entri pun rasenye bulan 1 kot? Ni pun saje² jengok then teruja tgk sume dah laen..wah3 jakun sebentar :D

Pasal diri sendiri, fuhh! Memang byk sgt kot nak kena update. Macam² jadi, macam²  kena tempuh, macam-macamlah..pendek cite, banyak sgt 'first time' yang aku lalui for these past few months. For now, since last January, aku dah officially menetap di Bagan Serai, Perak. Yes, back to the roots baby! My late father hometown. Aku posting mengajar kt sini and yes, memang suprise! Ingat tak aku ckp dpt Ipoh before ni? Yep, false alarm!

So, here the updates!
  1. sekarang mengajar kat this one particular secondary school in Bagan Serai. teaching english & sivik form 4 and form 5, morning session. jawatan lain? you name it. kadang² boleh lupa yg aku ni guru or kerani sekolah -_-"
  2. tinggal dkt rumah sewa dgn 2 lagi housemates yg memang alien with each other. cari rumah sewa pun dekat mudah.com but now, rase macam dah bertahun duduk sekali. alhamdulillah, we get along very well! :)
  3. i've bought a car! yes finally kan? myvi warna purple tu. aku panggil 'ahaw'. why ahaw? sbb no plat kete aku AHW so dgn gembiranye aku jadikan die ahaw.hoho. btw, ahaw dh di nodai sebulan lepas beli aritu. dinodai meaning, dh eksiden! wawawa..malas cite byk, so yeah..after 1month dkt perodua service centre, last week bru ak dpt blk my ahaw tu. jgn tnye psl kesukaran hidup tanpa ahaw selama sebulan, sadis rasenye. ok, exaggerated di situ -_-"
  4. since sekarang cuti sekolah, currently tgh busy marking exam papers. fuhh. imagine keadaan aku tgh tanda paper essays. i mean, essays people, essays! *julingmata*
  5. since dah kerja, dah bergaji tetap every month seriously banyak benda yg dlu nakkkkkk sgt dh ade dpn mata. cita²  nk bagi mak duit tiap bulan pn dh tercapai. even bru je brapa bulan kan.huu. but at least sume tu dh jd kenyataan. alhamdulillah. 
  6. future? pasal future, yes. memang dah berfikir dgn lebih serius pasal future. so harap² apa yang di plan kan akan jd kenyataan jugaklah ye? insyaallah.
  7. oh ye, pasal kawan²..ya allah, ramainye kawan² dah kawen, bertunang bagai. tahniah! nnti next entry akan update gambar. 
  8. family? alhamdulillah. semua sihat, bahagia. except, aku sgt rindukan arwah abah.
Ok, rasenye tu je la kot update. banyak lg sebenarnye tp dah lupe. nnti ingat, update laen la ye?haha. ni pun sbenarnye half of the entry dh type bape minggu lepas. tibe² mlm ni leh smbung blk. lepas tu jakun balik sebab taktau kat mane nk cari draft entry.adeh. so, till then. bai!

Thursday, January 12

Change Up!

Alhamdulillah, lepas hampir 9 bulan dok tunggu punya tunggu akhirnya dapat tau dah posting kat mana. Well at least tau la tercampak kat negeri mana ye dak? Ada kawan aku ckp, 9 bulan tu boleh dapat baby sorang. Aku iye kan je lah. Kalau dah kawen mmg tak mustahil la kan tapi in my case, aku dapat lemak² baby(bukan b**i ok) je, kira macam lemak² manje giteww.muahaha.

Ok sambung balik, aku baru tau dapat posting kt negeri sendiri, Perak. Syukur sgt sebab takdelah kena jauh² sgt. Susah kot kalau jauh. Banyak benda nak kena settle. Pagi tadi, awal² lagi JPN Perak dah call bagitau Isnin 16hb aku kena lapor diri dekat PPD Kinta Utara (Ipoh). Fuhh. Ipoh?? Harap² ok lah. Dapat sekolah mana still tak tahu lg, nanti aku update laen.

So ade bape hari je lg untuk aku lepak puas² kat rumah. Dok menghadap laptop dgn tv yg sentiasa on dlm bilik ni. Memang gaye penganggur terhormat kn?haha. Lepas ni mula lah balik life with students, teachers, books yada yada yada. Tapi takpe, sebab nanti ade ka-chingg! tiap² bulan :D


p/s: pen merah pen biru, habis kelas tanda buku. serius aku malas tanda buku -_-"

Tuesday, January 10

Penang with Girlfriends.

Khamis lepas pergi Penang lagi. Kali ni pergi dengan perempuan² kesayangan (Jua, Aniz & Hawe) pulak, kira macam new year holiday la kononnye walopun pergi pagi dan blk malam tu jugak.hewhew. Kitorg plan last minute je pun, sudden plan bak kate omputeh kan. Sudden² plan pun *haa boleh gitu?* alhamdulillah semuanya ok je, sangat fun & kenyang! :D





dr kiri *Aniz, Pinad, Jua & Hawe*

Banyak lagi gmbar tapi harap maaf lah, malas den nk upload.hehe. Kitorg pergi Bukit Bendera, Toys Museum (toilet best kot kt sini..haha), Jln Chowrasta, Queensbay & last skali dinner dkt Teluk Tempoyak. Hawe jd tourist-guide of the day sebab die duduk dan keje kt Penang. Amik EL semata² ktorg nk dtg.kehkehkeh.


Sunday, January 1

Dear Me, from 2012.


Dear Me, from 2012
tolong hidup dengan gembira dan penuh kasih sayang tanpa batasan.

Dear Me, from 2012
tolong berbaik² dan berhati² serta percaya seadanya.

Dear Me, from 2012
tolong berhenti mencederakan orang lain semata² mengelakkan mencederakan diri sendiri.

Dear Me, from 2012
tolong habiskan lebih banyak masa dengan keluarga, rakan² baik dan paling penting menghabiskan masa dengan Allah swt.

Dear Me, from 2012
tolong ingat tahun 2011..,
kita telah banyak belajar, bukan?

Selamat tahun baru 2012 semua :)

Sunday, December 11

Seteres.

Arghhhh! Stress aku buat assignments nihh. Rase menyesal pulak sanggup buat assignment org walopun dpt upah. Sampai tak tahu sape yang tgh sambung study ni sebab aku rase aku yang tengah wat PJJ kot? Ni tengah meroyan sorang² buat assignments. Dulu time study, dok hostel adalah jugak geng nak meroyan sama², roomates ramai. Bila stress or tension, suma pakat dok keluar makanan pastu lepak sembang² even dah pukul 1-2 pagi. Then, sambung balik buat. At least, terhibur la jugak dgn perangai diorg sume. Ade stu masa tu, roomate aku gelak sampai terkentut².hahaha..serius hilang stress terus.


Tapi sekarang, tak kan aku nk gelak sambil kentut sorang²?demm!

Saturday, November 26

Cha Cha Cha.

si Pengantin, Ina.

Yes, harini pergi kenduri kahwin lg. Kenduri kahwin rakan seperjuangan dari sekolah rendah. Congrats girlfriend! Lepas ni jadi org Serawak pulak lah ye? :)

Bila pergi je kenduri kahwin, mesti jumpa dgn kawan². Time macam ni lah nak tau update dr kawan² kn? Bila dah jumpe tu, mula lah mcm² story keluar.
"Psst, si polan ni dgn si polan tu dah nak kahwin, kau tau tak?"
"Eh, si polan ni pulak dah pregnant. Rezeki dia weh, bunting pelamin."
"Ada tak si polan² tu ajak majlis bertunang diorg besok?Jom pegi sama²."
Dan macam² lagi lah :D

Seronok jumpe kawan² lama. Lagi² kawan sekolah rendah. Si Lily dah beranak sorang, nama baby Harith Yusoff. Si Fadilah dah nak kahwin bulan Feb nanti. Odah tgh preggy 6months. Lat bulan depan nak meletop lagi sorang.haha. 2nd baby dah, Insyaallah sepasang nnti anak dia. Shila pulak, sedang berusaha ke arah itu..sibuk mintak tips dr Lily and Lat.kehkehkeh. Muis, besok nak bertunang dgan Amy. Akhirnya, ada jugak kwn² yg berjodoh satu kelas.hehe. Tam baru bertunang awal bulan hari tu. Chi and Ipi dah selamat jadi suami org. Yop, Fahmi, Reza, Abang, Cuna, Hanin, Dayah and aku masih single but not available.hahaha..

Nama² aku sebut kat atas ni semua kawan² sekelas darjah 5 & 6 dulu. Diorg sume kakak² & abang² aku sbb aku muda setahun dari diorg. Aku terlebih bijak masa darjah 3 so aku lompat trus masuk darjah 5. And yes, aku satu kelas dgn Yop, abang aku.haha..jadi kawan² Yop semua kawan² aku jugak! Best kan?hehe :)

Haihh..cepat je masa berlalu kan? So lepas ni turn sape pulak? ;p

Monday, October 31

Jaga² Cik Salmah.

Minggu ni penuh dgn appointment dengan mereka² yg dipanggil DOKTOR. Fuhh. Sabtu lepas pergi klinik, di rawat oleh doktor kat situ. Tumit kaki kiri bengkak, sakit bila berjalan. Chek², doktor cakap ada mslh urat. Ada la dia sebut satu perkataan tu, tak sempat nak ingt sebab nak sebut pn mcm terbelit lidah je.haha. Then, terus chek tekanan darah. Haa, ambik kau. 150/90! Apa lagi, gedebuk stu plastik ubat²an. Rm 27! Terima kasih doktor.

Semalam, jumpa doktor mata pulak. Di sebabkan tahap kerajinan meng'online tanpa jemu dan terlalu asyik memandang skrin laptop tanpa rasa bersalah, maka kerabunan mata kembali menjelma.huhu. Tahap kerabunan bertambah lalu doktor menyarankan menempah cermin mata baru. Rm 149! Terima kasih doktor.

Pagi hari ni, bertemu doktor gigi. Si dentist yang kacak. Uhuhh. Gigi geraham bongsu yg atas buat hal. Jadi, nyah kau dari barisan gigi²ku! Tak rasa sakit masa proses cabut tu tapi time cucuk bius, keluar jugak setitik air mata.hewhewhew. Rm 2! *klinik kerajaan* Lagi 2 minggu kita jumpa lg ya? Nak kasi cuci gigi pulak.huhu. Terima kasih doktor.

Jadi, belanja lah seberapa banyak wang pun demi menjaga kesihatan diri ye? Hidup ni sekali je. Kesihatan sangat² lah perlu di hargai, okey? :) *nak senyum tapi mulut masih senget, kesan bius tak habes lg.adess*


Tuesday, October 25

Cahaya.

Besok dah Hari Deepavali. Kaum India yang beragama Hindhu, Selamat Hari Deepavali. Bila bukak Facebook hari ni, mula dah kawan² semua wish Deepavali. Suka aku tengok. Meriah rasa Malaysia ni. Suma bangsa akan wish antara satu sama lain setiap kali ada perayaan. Harap² apa yang di 'wish' kan tu ikhlas dan bukan sebab kau wish-so-aku pun nak wish jugak.

Sebut pasal Deepavali ni, mula lah aku teringat dekat students² India yg penah aku ajar dulu masa praktikal kt Selayang. Aku praktikal awal tahun aritu, 3 bulan. Memang moment yang paling aku tak dapat aku lupakan kot? Kiranye macam sekolah pertama aku sebagai cikgu la. Walaupun cikgu pelatih je.huhu. Sekolah yg aku praktikal ni majoriti students dia Melayu and India. Cina ada, tapi tak ramai. Bilangan students mmg ramai. Sebab tu ada dua sesi. Aku guru sesi petang, so aku mengajar kelas Peralihan, Form 1 and Form 2. Oh lupa, aku praktikal dekat sekolah menengah :)

Paling aku tak dapat lupekan semestinya budak² Kelas Peralihan(PA). Kelas ni kalau kt sekolah aku praktikal, budak² dia masa sekolah rendah diorg dr Sjk(C) or Sjk(T). Tapi majoriti Sjk(T) la. So sebab tu bila masuk SMK diorg kena msuk kelas peralihan ni dlu since mostly diorg lemah BM. Tak lah semua yg akan masuk kelas PA, just yang betul² lemah BM je. Yang ok, akan terus proceed msuk kelas² Form 1. Haihh, panjang pulak aku explain padahal nak cerite psl budak² ni je pun.huhu.


Ni lah diorg. Kelas PA ni ada dlm 25 orang je. Dua org je Cina yang lain India. Aku ajar diorg ni Tambahan Bahasa Inggeris(TaBI). Satu masa je seminggu, kiranye 35 minit je aku jumpe diorg tiap² minggu. Kelas ni bagi aku sangat fun! Aku tak mengajar sangat, aku banyakkan buat aktiviti dgn diorg. Main language games, spelling and kadang² aku suruh diorg melukis. Subjek tambahan je pun kan, so aktiviti dia bebas. Diorang memang nakal tapi nakal yg senang di control. Aku rasa diorg kelakar sangat. Mcam² gaye keluar time nk jwb soalan. Korang bayangkan, gaye hero Tamil si Rajnikanht (tak reti eja) tu, gaye² tangan dia, haaa mcam tu lah students² ni kalau nak menjawab. Serius, boleh jadi hiburan lagi² kalau korang tension dgn kelas² lain.hehe.

Aku rindu kot kt diorang semua ni. Harap² diorang tak lupe aku walaupun sampai last class ade yang tak reti sebut nama aku lg. Adehh.

Thursday, October 13

Congratulations & Celebrations.

10.10.2011
Scroll Presentation Ceremony
Diploma in Education (TeSL)
International Islamic University Malaysia (IIUM)













p/s; simple tetapi meninggalkan kesan :)