Besok dah Hari Deepavali. Kaum India yang beragama Hindhu, Selamat Hari Deepavali. Bila bukak Facebook hari ni, mula dah kawan² semua wish Deepavali. Suka aku tengok. Meriah rasa Malaysia ni. Suma bangsa akan wish antara satu sama lain setiap kali ada perayaan. Harap² apa yang di 'wish' kan tu ikhlas dan bukan sebab kau wish-so-aku pun nak wish jugak.
Sebut pasal Deepavali ni, mula lah aku teringat dekat students² India yg penah aku ajar dulu masa praktikal kt Selayang. Aku praktikal awal tahun aritu, 3 bulan. Memang moment yang paling aku tak dapat aku lupakan kot? Kiranye macam sekolah pertama aku sebagai cikgu la. Walaupun cikgu pelatih je.huhu. Sekolah yg aku praktikal ni majoriti students dia Melayu and India. Cina ada, tapi tak ramai. Bilangan students mmg ramai. Sebab tu ada dua sesi. Aku guru sesi petang, so aku mengajar kelas Peralihan, Form 1 and Form 2. Oh lupa, aku praktikal dekat sekolah menengah :)
Paling aku tak dapat lupekan semestinya budak² Kelas Peralihan(PA). Kelas ni kalau kt sekolah aku praktikal, budak² dia masa sekolah rendah diorg dr Sjk(C) or Sjk(T). Tapi majoriti Sjk(T) la. So sebab tu bila masuk SMK diorg kena msuk kelas peralihan ni dlu since mostly diorg lemah BM. Tak lah semua yg akan masuk kelas PA, just yang betul² lemah BM je. Yang ok, akan terus proceed msuk kelas² Form 1. Haihh, panjang pulak aku explain padahal nak cerite psl budak² ni je pun.huhu.



Ni lah diorg. Kelas PA ni ada dlm 25 orang je. Dua org je Cina yang lain India. Aku ajar diorg ni Tambahan Bahasa Inggeris(TaBI). Satu masa je seminggu, kiranye 35 minit je aku jumpe diorg tiap² minggu. Kelas ni bagi aku sangat fun! Aku tak mengajar sangat, aku banyakkan buat aktiviti dgn diorg. Main language games, spelling and kadang² aku suruh diorg melukis. Subjek tambahan je pun kan, so aktiviti dia bebas. Diorang memang nakal tapi nakal yg senang di control. Aku rasa diorg kelakar sangat. Mcam² gaye keluar time nk jwb soalan. Korang bayangkan, gaye hero Tamil si Rajnikanht (tak reti eja) tu, gaye² tangan dia, haaa mcam tu lah students² ni kalau nak menjawab. Serius, boleh jadi hiburan lagi² kalau korang tension dgn kelas² lain.hehe.
Aku rindu kot kt diorang semua ni. Harap² diorang tak lupe aku walaupun sampai last class ade yang tak reti sebut nama aku lg. Adehh.
3 comments:
ayoyo sapinad..u pnah tanya dorg aadi vennema tak kalau dorg nakal? haha
ciguuu safizaaaaaa......hahaha
saya tak kenal rajnikwxyz itu lah ticer..
Post a Comment