Monday, October 31

Jaga² Cik Salmah.

Minggu ni penuh dgn appointment dengan mereka² yg dipanggil DOKTOR. Fuhh. Sabtu lepas pergi klinik, di rawat oleh doktor kat situ. Tumit kaki kiri bengkak, sakit bila berjalan. Chek², doktor cakap ada mslh urat. Ada la dia sebut satu perkataan tu, tak sempat nak ingt sebab nak sebut pn mcm terbelit lidah je.haha. Then, terus chek tekanan darah. Haa, ambik kau. 150/90! Apa lagi, gedebuk stu plastik ubat²an. Rm 27! Terima kasih doktor.

Semalam, jumpa doktor mata pulak. Di sebabkan tahap kerajinan meng'online tanpa jemu dan terlalu asyik memandang skrin laptop tanpa rasa bersalah, maka kerabunan mata kembali menjelma.huhu. Tahap kerabunan bertambah lalu doktor menyarankan menempah cermin mata baru. Rm 149! Terima kasih doktor.

Pagi hari ni, bertemu doktor gigi. Si dentist yang kacak. Uhuhh. Gigi geraham bongsu yg atas buat hal. Jadi, nyah kau dari barisan gigi²ku! Tak rasa sakit masa proses cabut tu tapi time cucuk bius, keluar jugak setitik air mata.hewhewhew. Rm 2! *klinik kerajaan* Lagi 2 minggu kita jumpa lg ya? Nak kasi cuci gigi pulak.huhu. Terima kasih doktor.

Jadi, belanja lah seberapa banyak wang pun demi menjaga kesihatan diri ye? Hidup ni sekali je. Kesihatan sangat² lah perlu di hargai, okey? :) *nak senyum tapi mulut masih senget, kesan bius tak habes lg.adess*


Thursday, October 27

Best Tak Kawan?

There are two types of BEST FRIENDS;

Number 1:
The best friends who you're close to. You see them at least twice a week or more. You guys talk a lot and catch up on everything.

Number 2:
The type of friendship where you two don't talk as much but deep down, you know that person is your best friend. Why? Because they understand you even if they barely see you.

Setuju? Aku tersangat lah setuju. Number 1 or Number 2, aku SAYANG kawan² baik aku. They're all brighten up my days :)

Tuesday, October 25

Cahaya.

Besok dah Hari Deepavali. Kaum India yang beragama Hindhu, Selamat Hari Deepavali. Bila bukak Facebook hari ni, mula dah kawan² semua wish Deepavali. Suka aku tengok. Meriah rasa Malaysia ni. Suma bangsa akan wish antara satu sama lain setiap kali ada perayaan. Harap² apa yang di 'wish' kan tu ikhlas dan bukan sebab kau wish-so-aku pun nak wish jugak.

Sebut pasal Deepavali ni, mula lah aku teringat dekat students² India yg penah aku ajar dulu masa praktikal kt Selayang. Aku praktikal awal tahun aritu, 3 bulan. Memang moment yang paling aku tak dapat aku lupakan kot? Kiranye macam sekolah pertama aku sebagai cikgu la. Walaupun cikgu pelatih je.huhu. Sekolah yg aku praktikal ni majoriti students dia Melayu and India. Cina ada, tapi tak ramai. Bilangan students mmg ramai. Sebab tu ada dua sesi. Aku guru sesi petang, so aku mengajar kelas Peralihan, Form 1 and Form 2. Oh lupa, aku praktikal dekat sekolah menengah :)

Paling aku tak dapat lupekan semestinya budak² Kelas Peralihan(PA). Kelas ni kalau kt sekolah aku praktikal, budak² dia masa sekolah rendah diorg dr Sjk(C) or Sjk(T). Tapi majoriti Sjk(T) la. So sebab tu bila masuk SMK diorg kena msuk kelas peralihan ni dlu since mostly diorg lemah BM. Tak lah semua yg akan masuk kelas PA, just yang betul² lemah BM je. Yang ok, akan terus proceed msuk kelas² Form 1. Haihh, panjang pulak aku explain padahal nak cerite psl budak² ni je pun.huhu.


Ni lah diorg. Kelas PA ni ada dlm 25 orang je. Dua org je Cina yang lain India. Aku ajar diorg ni Tambahan Bahasa Inggeris(TaBI). Satu masa je seminggu, kiranye 35 minit je aku jumpe diorg tiap² minggu. Kelas ni bagi aku sangat fun! Aku tak mengajar sangat, aku banyakkan buat aktiviti dgn diorg. Main language games, spelling and kadang² aku suruh diorg melukis. Subjek tambahan je pun kan, so aktiviti dia bebas. Diorang memang nakal tapi nakal yg senang di control. Aku rasa diorg kelakar sangat. Mcam² gaye keluar time nk jwb soalan. Korang bayangkan, gaye hero Tamil si Rajnikanht (tak reti eja) tu, gaye² tangan dia, haaa mcam tu lah students² ni kalau nak menjawab. Serius, boleh jadi hiburan lagi² kalau korang tension dgn kelas² lain.hehe.

Aku rindu kot kt diorang semua ni. Harap² diorang tak lupe aku walaupun sampai last class ade yang tak reti sebut nama aku lg. Adehh.

Sunday, October 23

Bla Bla Bla.

Aku tak tahu nak cerita ape sebenarnya. Nak tulis laporan kehidupan sepanjang minggu ke? Nak cerita pasal aku pergi belajar bawak kereta balik ke? Atau nak bagitahu yang hari tu kawan aku belanja mee rebus sedap dan banyak yang seringgit je harga dia. Tak pun nak cakap pasal aku dah pergi tengok movie Real Steel yang awesome-gila-siapa-tak-tengok-memang-rugi. Ke nak aku higlightkan news pasal budak² KPLI dah posting and kami budak² DPLI bila lagi?*oh, btw tahniah kawan² kpli!*.

Tengok, aku memang tak tahu nak cerita pasal apa.

Thursday, October 13

Congratulations & Celebrations.

10.10.2011
Scroll Presentation Ceremony
Diploma in Education (TeSL)
International Islamic University Malaysia (IIUM)













p/s; simple tetapi meninggalkan kesan :)

Wednesday, October 12

Masin Mulut Kau Jah.

Fuhh..camne nk mule crite ni? Masih ade lg rase teruja ala² iklan Coca-cola brruuurrrrrr tuh.kehkehkeh. Ok², aku nk bgtau Ahad lepas aku jumpe jugak dgn Fahrin Ahmad! Finally kan?! Punye lah lama aku teringin nk jumpe die depan², akhirnya dpt jugak! FYI, aku mmg minat dia dr zaman dia jd host XY kot kt Astro dlu². Masa form6, aku ade lekat gmbor dia kt casing calculator okeyh.haha. Konon² sumber inspirasi la nk mengira bagai utk subjek ekonomi padahal salah jugak mengiranye.haha.

Aku sambung blk crite jumpe Fahrin. Tadi aku tertido lepas type perenggan di atas.huhu. Mcam ni, Ahad tu pg Shah Alam ngn Mak & MakCiks (ade 's' bermaksud ade 3 org makcik). Pegi DEMC ziarah sepupu Mak, lepas tu terus la pegi Plaza Alam Sentral. Nak lunch and biasa lah aktiviti mak², ape lg kan shopping dkt satu kedai jual hiasan² rumah ni kt situ. Suke benor.

Masa kitorg masuk je plaza dh dgr bunyi org ckp²,ade lagu² sume. Makcik aku ckp, 'ni mesti ade org nyanyi² nih'. Aku pun jwb main² la, 'Faizal Tahir plis, Fahrin plis..' pastu Mak plak
jwb, 'Mak kalau Aaron Aziz or Hans Isaac bru Mak panggil..hehe'. Lepas je kitorg ckp² camtu setelah hnya beberapa langkah je, Mak terus menjerit kat aku, 'Neh!! Fahrin, fahrin!!'. Aku pun ape lagi gelabah trus, 'Mane mak?mane???!'. Masa tu, perghh..aku mmg starstruck gile² kot bile nampak Fahrin betul² depan kitorg je. Yela, aku bru sebut nama Fahrin kot. Mak aku dgn pantas trus menjerit panggil, 'Fahrin! Nak bergambor!' tak kira dh org keliling.haha.Tp time tu tak ramai org lg. Fahrin pun, dgn senyuman yg manis terus dtg mai dkt kitorg haa..speechless i nyah!huhu. Kelam kabut kuarkan kamera dr beg, pastu aku try snap 1st gmbr jd cmni..,

hahahaha.lihatlah, aku sudah jadi parkinson depan Fahrin. Mengeletar tak tentu pasal. Mak aku siap marah, 'Kamu ni kenape?!' haha. Terus ak bg kamera dkt budak pmpuan mane ntah ade dkt situ jugak suruh die tlg snapkan.

Alhamdulillah, budak pmpuan tu tak parkinson macam aku.kehkehkeh. Lihat senyuman manis Fahrin itu, mana aku tak parkinson secara berterusan.huhu. Mak yg buat sign baguuuuss tu. Mak ckp, 'Fahrin letak tgn die kt belakang Mak, aduhh..jam kaki takleh jalan dah'. Adeh laaa, Mak².haha.

Haa, ini aku dgn Fahrin. Terima kasih sgt² la dkt budak pmpuan tu jugak.hihi. Lepas tu aku snapkan gmbr die plak tp aku tak tau menjadi ke tak.haha. Mintak ampun :D
Lepas je jumpe Fahrin aritu, terus semangat nk konvo besoknye! Pastu sampai sekarang jugak aku jadi bahan Mak and Makciks, yg aku parkinson dpn Fahrin.haha. Biaq p lah. Janji dah jumpe abg pahyin. Okbye.

Wednesday, October 5

Padan Muka.

Sebelum ni, dari zaman degree kt UKM sampai lah ke zaman diploma kt IIUM aku adalah antara students yg 'kami-buat-assigments-last-minute'.huhu. Serious, aku mmg suka buat assignments bila due date nk hantar dah dekat. Alasan? Bila buat last minute baru banyak idea datang.haha. Lepas tu baru terhegeh² menaip. Bila ada mesej or call dari Aman, mula lah mengamuk tak tentu pasal. Kesian beliau.hewhew.

Kalau zaman study aku buat last minute, sekarang zaman menganggur dkt rumah aku gigih buat assignments orang. Aku ulang, GIGIH! Tau kan gigih tu ape?dh ckp kt entry lepas.haha. Hambik kau. Time belajar malas, bila dah terkulat² duduk rumah tak buat ape² dgn posting tak tau bila, baru la rajin tak tentu hala nk wat assignments orang lain kan. Jadi, PADAN MUKA!

p/s; orang lain dr degree ke master, aku?dr degree ke diploma.adehh.

Saturday, October 1

WGM.

WGM or We Got Married, satu reality show dkt Korea. Aku, personally suka gilaaaaaaaaa*exaggerate kn?haha* dkt show nih. Dah setahun lebih kot aku follow cite ni?follow tgk dkt Youtube je pun. Aku rasa drpd cerite ni la aku mula layan lagu² K-pop. Sebelum ni aku layan drama² Korea je kot. Itu pun adelah 3-4 crite je. Aku kena tgk hero dlu baru boleh layan.hewhewhew.

So, berbalik kpd WGM nih. Aku nk cerita psl show ni. Kenapa aku suka sgt kn? Ok, konsep reality show ni mcm ni. 1 lelaki dan 1 perempuan (celebrity Korea, penyayi or pelakon or both) akan di kahwin kan secara 'virtual' dlm rancangan ni. Diorg akan diberi mcm² tasks since crite ni nk expose kan diorg dgn married life camtu la. Dalam show ni ade la pengacara or lebih tepat pengulas yg akan komen² couple² tu nnti. Tapi diorg just komen² dari studio je, dgn tgk video couple² tu buat ape sume. Kelakar la komen² diorg tuh sbb mostly commenters tu sume pelawak² or gagman kt Korea tuh.hehe.

WGM ni dah ada byk couple join. Virtual couple je mksud aku sbb depa kahwin pn dlm rancangan tu je kan. Bukan la couple betul² pun. Tapi, kalau korang follow crite ni mesti korang akan jd mcm aku, mengharapkan couple² tu akan jd real couple!haha. Aku follow WGM ni pn bila dah 2nd season. 1st season aku tak tengok langsung sbb xkenal pn artis² yg join.hehe. Dalam 2nd season ni aku suka gilaaaaaaaaa dkt YongSeo/Goguma couple. Seriously, suka sangat²! YongSeo ni adalah Yong Hwa & Seo Hyun (YongSeo). Diorg ni dua² penyanyi or Idol klu kt Korea tu. Yonghwa pelakon jugak. Ala yg berlakon drama You're Beautiful(YB)klu korang ade tgk. So, Yonghwa leader group CNBlue and Seohyun maknae*plg muda* dr kumpulan Girl's Generation or SNSD.

Seriously aku mula tgk show ni sbb diorg berdua kot? Dr 1st episode diorg smpai la last epsde diorg dlm show ni, eps 52. Show ni tiap² Sabtu je so, setahun lebih jugak la kan? Aku tgk pun mula² sbb aku kenal Yonghwa, sbb time tu baru je habis tgk drama series YB tu. Dalam bulan Feb 2010. Bila dah start tgk, perghh ter'hooked' terus la sbb seriously sweet gila²! Korang akan rase mcm, diorg dah mcm betul² falling in love. Sebab cite ni reality, xde script sume. So ape diorg buat or ckp ikut sukahati je la kn.haha. Yonghwa plak jenis yg childish, playful type ni and Seohyun innocent, sweet, sopan² so mmg best la tgk diorg developed relationship dlm show nih. Yonghwa compose lagu, knitted scarff utk Seohyun, perghh..super sweet okeyh!hihi. Wlpn sekarang diorg dh habis contract dlm WGM, tp aku still minat and harap diorg couple betul²! Haa, mcm hardcore fan plak dah aku rase.hahaha.

*Yonghwa yg 2nd dr kanan

*Seohyun yg tengah².
YongSeo Couple!


So, kalau korang rase nk tgk YongSeo couple ni boleh layan dkt sini. Ini dr fanpage FB diorg. Kena tengok dr 1st episode bru la leh feeling² gitu.haha. Couple² lain yg best jugak, Khuntoria and Adam Couple. Diorg suma ni pun dah habis contract gak.

p/s; Sebab Yonghwa & Seohyun jugak la aku mula layan CNBlue & SNSD. Lepas tu melarat² la ke kumpulan² laen. 2PM, Shinee, SuJu etc.hewhewhew.